INOVASI
PENGHASILAN SAJAK
Halaman ini memaparkan
rakaman video penghasilan sajak yang telah dilakukan oleh mahasiswa dan
mahasiswi yang bertukus lumus menghasilkan sajak serta mendeklamasikan sajak
tersebut. Rakaman ini telah dimasukkan ke dalam youtube dan google drive.
Berikut merupakan link-link
bagi video penghasilan sajak yang telah dilakukan;
1. Ahli Kumpulan Alia
Nabila
Sajak: Sebuah Kehidupan
Sebuah
rasa,
Yang
harganya tak terbayar,
Bahkan
oleh Qorun Si kaya harta,
Rasanya
tak bisa diungkap dengan madah,
Kerna
ianya pekerjaan Sang Hati,
Lelah
liku perjalanan umur kehidupan,
Hanya
dimamahh dan dijamu oleh dia.
Iaitu,
ketabahan yang utuh tak terjatuh.
Anak,
Engkau
hadir seribu senyum selembut bicara.
Menutup
resah kala duka bertahta,
Menghidup
aroma haruman kasturi,
Mewarna
landskap indah berseri,
Kasih
ibu tidak pernah berbelah.
Menjadi
tiang untukmu bersandar selamanya.
Buatmu
waliku,
Ku
sanggup berkorban kehidupan, pekerjaan serta pelajaran,
Kerana
engkau tunjang kehidupanku,
Restu
ku ada padamu,
Berkat
hidupku jua padamu,
Jika
hilang maka lenyaplah aku.
Tugas
ku begitu berat,
Umpama
pergi ke medan perang,
Namun
ku gagahkan jua,
Memikul
beban yang terkandung sarat.
Senyuman
terakhir masih melekat,
Permintaan
terakhir masih ku ingat,
Kerana
itu aku bertanggungjawab,
Menunaikannya
hingga ke akhir hayat.
Pautan;
2. Ahli Kumpulan Fatin
Alwani
Daripada Cerpen: Gulai Sembilang
Untuk Abah
Isu: Kekeluargaan (kasih sayang
seorang bapa)
TAJUK:
MEMORI SENJA
Pintu kenangan diketuk segamit memori
Mengimbas semua yang indah-indah sahaja
Tiada air mata tangisi duka
Mereka berbunga bahagia
Bersiram kasih dan sayang
Namun,
Gugurnya insan tersayang meragut
Kelopak-kelopak bahagia yang pernah
disemai
Berdekad-dekad lamanya
Mata tua itu dulunya perkasa
Kini kian layu dihentak duka
Terus menerus menatap potret cinta lama
yang sudah pergi bertemu
Sang Pencipta
Ada kasih yang masih setia
Dia si Permata bongsu
Menemani tangis si tua
Dengan menjadi bunga kembang
Menyemerbak bau sayang
Agar dia melupakan bayang
Kasih si bongsu
Demi cinta membelah gunung untuk si tua
Hasrat dan cita menjadi taruhan
Gulai sembilang santapan gemilang
Meraikan nyawa yang telah lama dinanti
Si tua selindung duka menutup resah
tersemat dihati
Kerana ada yang jauh seolah-olah tidak
ingin kembali
Sudah hati tua terasa hati disemat rasa
kudrat tidak berdaya
Dia pergi bertemu Sang Pencipta
membawa rindu tidak bertepi.
PAUTAN:
https://drive.google.com/drive/folders/1X7K5nYqnRx4USDdORJR-NeypNKGIEwwW?usp=sharing
3. Ahli Kumpulan Syaqilla
Sajak yang kami buat adalah
berdasarkan Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil. Isu adalah perjuangan menuntut
kemerdekaan (patriotisme).
CINTA AHMAD MUTAWAKKIL
Satria,
Cinta Ahmad Mutawakkil,
Ajar erti perjuangan,
Menentang penjajah siang malam, (asonansi)
Kukuh bersulam keberanian, (aliterasi)
Bukan beradu kudrat kekuatan,
Tapi menyeru anak watan.
Untuk bawa sinar harapan.
Satria,
Kau terus bergulat,
(sinkope)
Nostalgia mengulit semangat,
Belot, bejat, bunuh jadi musuh,
Tidak gentar gerak musuh, (anafora)
Tidak tewas tunduk mengalah,
Tanah digembur Baja Pusaka, (metafora)
Mengasak anak pemuda,
Menyemai Patriotisme.
Satria,
Menentang petualang durjana
Terbentang luas di medan perjuangan,
Walau nyawa bercerai badan,
Masih membara semangat perjuangan.
Satria,
Api nasionalisme bertiup kencang, (hiperbola)
Menyambung legasi seorang pejuang.
Nasionalis muda,
Keris lidah sebagai senjata, (simile)
Sumpah setia merangkul jiwa,
Ingin tebus maruah bangsa,
“Tanah Melayu pasti MERDEKA”
PAUTAN
https://drive.google.com/file/d/12IKqsmEVg4DrDzrBUxR-1J0Wzcr933f9/view?usp=sharing
4. Ahli Kumpulan Mohd
Safuan and The Band
TAJUK; DEMI MARUAH
Demi maruah,
Ku toreh jasad mengalir darah,
Mengalir dikau darah pejuang,
Menitis kebumi jadi sanjungan,
Serapan darah jadi kenangan.
Demi maruah,
Doa ku pohon pelindung diri,
Warkah janji pada anak cucu,
Ku perahkan keringat perih,
Demi kesenangan kekal nan abadi.
PAUTAN:
https://drive.google.com/file/d/1KmXTRxKLI9fB7dqUebRDzQ0opAkq1mO1/view?usp=sharing
5. Ahli Kumpulan Iskandar +
Khusairy
Berdasarkan cerpen “Rindu Seorang Rafik” karya Nisah Haji Haron, bina sebuah sajak
yang bertemakan persahabatan .
Sajak yang dibina mestilah:
Cerpen : Rindu
Seorang Rafik
Isu : Persahabatan
INSAN
ISTIMEWA
Sahabat,
Mungkin
dunia yang dulunya kita kenal,
Dunia
bebas tanpa syak wasangka,
Bebas
bak burung bersyair merdu,
Tali
kasih terpaut erat mekar mewangi,
Kini,
kita terpisah dek tembok api membara,
Kau
aku kita berbeza kehidupan,
Hanya
angkara satu pertikaian,
Engkau
pergi membawa diri,
Tinggal
aku berteman sepi,
Engkau
pergi tanpa berita,
Jauhnya
nun terpisah jiwa dan raga,
Tersungkur
aku dalam kesunyian,
Penyeri
hidup peneman sunyi,
Kini
hilang entah ke mana,
Ku
bentang luas pandangan kalbuku,
Luas
tak tercapai oleh waktu,
Petunjuk
demi petunjuk kuhimpun,
Harapan
kupikul pengiring langkah,
Jadi
saksi perjuangan mencarimu,
Suratan
takdir telah tertulis,
Di
muka maya kita bersua kembali,
Hati
dan jiwa kembali tertaut,
Hembusan
rindu berbaur kenangan,
Kuukir
senyuman pelepas resah,
Sahabat…
Terima kasih untuk segalanya, Dan biarkanlah kasih kita terus terangkai, Aku
bangga dapati dirimu seadanya, Aku bahagia, ingin sungguh terurai kata,
Pautan:
6. Ahli Kumpulan Azwa
Sajak kami diambil
dari Cerpen Bukit Emas karya Mufidah Hanum Yusof dalam buku Ku Bentang Sehelai
Peta.
Berikut merupakan sajak
tersebut
SAJAK BUKIT EMAS
Bukit Emas
Tanah suci perjuangan nenek moyang
Tanah digembur baja sejarah
Pantang musuh datang menyerang
Pedang dihunus tidak kenal makna tewas
Kejujuran Sahat bagaikan sekeping
Semakin dikhianati semakin membunuh kepercayaan
Betapa mulianya sikap jujur dalam jiwa
Betapa berharganya sebuah kejujuran
Kerana kejujuran memberi ketenangan jiwa
Alam sekitar ciptaan dari-Nya
Mentari sinar pemandangan sekitarnya
Keindahanmu bagaikan syurga
Sahat cinta kehijauan alam
Agar tak dimusnahkan manusia tamak haloba
Sahat dari desa kecil
Pendidikan baginya ibarat cahaya kegelapan
Menyinari perjalanan penuh onak duri
Tanpa ilmu dimamah kegelapan
Tanpa ilmu hilang arah dan tujuan
Seorang pejuang bernama Sahat
Dilempar kejahatan diberi kemanisan
Tinggi akhlaknya sebesar lautan biru
Mencurah bakti tak minta dibalas sedetik pun
Tetap menghormati walau disakiti
Kampung Kuah Bukit Emas
Warisan tinggalan lestari alam
Pelihara tanah pedagang cegah
Pelihara khazanah anugerah tuhan
Tanda akur syukur nikmat.
PAUTAN;
https://drive.google.com/file/d/1AZ_P-KlCCWESdHIIL0Ok5C8EJf-h_BVk/view?usp=sharing
Tiada ulasan:
Catat Ulasan